Monday, May 3, 2010

Kepentingan tasik di Kampuchea

Tasik Tonle Sap

Terletak di bahagian tengah Kampuchea. Tasik ini merupakan tasik air tawar terbesar di rantau Asia Tenggara


Kepentingan Tasik Tonle Sap, Kampuchea

1) Perikanan air tawar
  • Merupakan kegiatan ekonomi yang terpenting di tasik Tonle Sap
  • Aktiviti perikanan dijalankan sepanjang tahun
  • ikan mudah ditangkap pada musim kemarau apabila air tasik surut sehingga 1.52 meter.
  • ikan yang ditangkap adalah untuk pasaran tempatan dan dieksport.
2) Pusat Pelancongan
  • Pelancong dapat menaiki kapal atau bot melalui Sungai Mekong untuk ke Tasik Tonle Sap
3) Kemudahan Pengairan
  • Membekalkan kemudahan pengairan kepada hampir 4.5 juta penduduk di Kampuchea

3 comments: