Tuesday, May 4, 2010

Kepentingan Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi di Negara lain

Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland


- Switzerland merupakan sebuah Negara yang bergunung-ganang. 75 peratus negara switzerland merangkumi pergunungan Alps.

- Terletak di kawasan zon sederhana.



Kepentingan:

1) Pelancongan

· Kawasan pergunungan di Switzerland penting untuk industri pelancongan. Industri pelancongan menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 10 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

· Pemandangan pergunungan Alps yang indah khususnya pada musim panas menggalakkan perkembangan industri pelancongan.

· Musim sejuk dengan suhu antara 0OC-5OC dan bersalji menjadi tarikan kepada pelancong

· Contoh: Puncak Eiger Monch, Gunung Matterhorn dan Jungfrau



2) Meluncur Salji

· Permukaan bersalji menjadikan tanah tinggi di Switzerland sesuai untuk aktiviti meluncur salji dan hoki ais. Selain itu, aktiviti ini turut menarik dan diminati pelancong.



3) Pertanian Pindah Ternak

· Pada musim panas lembu meragut rumput di kawasan tanah tinggi. Pada musim sejuk pula, lembu diberi makan di dalam kandang.



4) Mendaki Gunung

· Aktiviti mendaki gunung di tanah tinggi di Switzerland dijalankan pada musim panas.




Perbandingan Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland dengan Tanah Tinggi di Malaysia


Kepentingan

Malaysia

Switzerland

Pelancongan

1) Penting dan berpotensi dimajukan. Contoh kawasan tanah tinggi di Malaysia ialah Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan bukit fraser.

2) Faktor tarikan utama:

- suhu nyaman

- udara segar

- Pemandangan indah dan menghijau

1) Sangat penting dan terkenal sebagai destinasi pelancongan. Contoh: Gunung Matterhorn, Puncak Eiger Monch, Jugfrau

2) Faktor tarikan:

- musim panas yang nyaman

- musim sejuk bersalji

- pemandangan bersalji yang indah

-

Meluncur Salji / Hoki Ais

Tidak dijalankan di Malaysia

Dijalankan di tanah tinggi Switzerland kerana permukaan yang bersalji

Tanaman Hawa Sederhana

1) Dapat dijalankan di Malaysia kerana suhu adalah sekitar 18oC dan purata hujan tahunan melebihi 2000 mm.

2) Contoh, tanah tinggi Cameron menghasilkan kira-kira 75 % daripada jumlah pengeluaran teh di Malaysia. Selain itu, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan juga ditanam di tanah tinggi Cameron.

1) Tidak dijalankan di Malaysia.




Kepentingan Cerun Bukit di Pulau Jawa, Indonesia



1. Kekurangan tanah pamah menyebabkan petani di Pulau Jawa bercucuk tanam di

cerun bukit.


2. Lapisan tanih jenis lava bes di cerun bukit hasil daripada letusan gunung berapi

amat subur untuk kegiatan pertanian.


3. Cerun-cerun ditereskan untuk kegiatan penanaman padi.


4. Cerun-cerun bukit yang ditereskan dapat mengatasi masalah hakisan tanah.



Perbandingan Kepentingan Cerun Bukit Malaysia dengan Pulau Jawa


Kepentingan

Malaysia

Pulau Jawa

Pertanian

1) Penanaman di cerun bukit terhad kerana tidak mengalami masalah kekurangan tanah pamah.

Teh sayur-sayuran dan bunga-bungaan ditanam di cerun-cerun bukit berteres di Tanah tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang.

2) Pokok getah dan kelapa sawit ditanam di cerun bukit yang bersaliran baik.

1) Penting dan meluas kerana kekurangan kawasan tanah pamah.

2) Tanih lava bes gunung berapi yang subur di lereng-lereng bukit menggalakkan aktiviti pertanian di lereng bukit.

3) padi sawah, kopi dan tanaman hortikultur dijalankan di kawasan cerun bukit berteres.





Kepentingan Sungai Di Thailand

- Sungai utama di Thailand ialah sungai Menam Chao Phraya. Sungai ini mempunyai empat cawangan utama iaitu Me Ping, Me Wang dan Me Nam. Sungai ini digunakan sebagai jalan air yang penting di Thailand.



Kepentingan :


1) Pengangkutan

· Menam Chao Phraya merupakan nadi lalu lintas Thailand. Ia dapat dimudiki kapal sejauh 400 km pada dari muaranya ke pedalaman pada musim hujan dan sejauh 200 km pada musim kemarau.

· Menam Chao Phraya penting untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal seperti kayu kayan, hasil pertanian dan hasil perlombongan.


2) Pasar Apung

· Dijalankan di Klong atau terusan sekitar bandar raya Bangkok.

· Jaringan terusan atau klong menghubungkan cawangan-cawangan Menam Chao Phraya di deltanya. Jaringan terusan yang sangat maju di Bangkok dan memainkan peranan seperti jalan raya dikenali sebagai ” Venice Timur”.



3) Pelancongan

· Pasar Apung menjadi daya tarikan kepada pelancong



4) Pengairan

· Menam Chao Phraya membentuk dataran Mendap dan delta yang luas.

· Tanih aluviumnya sangat subur untuk pelbagai jenis tanaman seperti padi, tembakau dan jut.



5) Penjanaan Kuasa Hidroelektrik

· Sungai Menam Chao Phraya diempang untuk penjanaan kuasa hidrolektrik.

· Contoh: empangan Chainat dan Empangan Yan Hee.



6) Menghubungkan kawasan pedalaman yang sukar dihubungi melalui jalan darat dengan bandar raya Bangkok di muara Sungai.


Perbandingan Kepentingan Sungai Di Thailand dengan Sungai Di Malaysia


Kepentingan

Malaysia

Thailand

Pasar Apung

1) Tidak dijalankan di Malaysia

1) Kegiatan ekonomi yang penting di Menam Chao Phraya.

2)

Pengairan

1) Sungai di Malaysia berpotensi sebagai sumber di pengairan yang membolehkan penanaman padi ditanam dua kali setahun. Misalnya, Projek pengairan Muda di Sungai Muda untuk mengairi dataran Kedah dan Projek Pengairan Kemubu di Sungai Kelatan untuk mengairi sungai Kelantan.

1) Menam Chao Phraya membentuk dataran Mendap dan delta yang luas.

2) Tanih aluviumnya sangat subur untuk pelbagai jenis tanaman seperti padi, tembakau dan jut.

Penjanaan Kuasa Hidrolektrik

1) contoh empangan yang digunakan untuk menjana kuasa hidrolektrik adalah Empangan Chenderoh, empangan Kenyir, dan empangan Batang Ai.

1) Sungai Menam Chao Phraya diempang untuk penjanaan kuasa hidrolektrik.. Contoh: empangan Chainat dan Empangan Yan Hee.

Pengangkutan

1) Sungai di Malaysia tidak begitu penting dalam pengangkutan kecuali di Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak sungai sangat penting sebagai jalan pengangkutan air di kawasan pedalaman.

2) Contoh : Sungai Rajang yang boleh dimudiki hingga ke kapit.

3) sungai-sungai ini digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal

1) Menam Chao Phraya penting untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal seperti kayu kayan, hasil pertanian dan hasil perlombongan




Kepentingan tasik di Kampuchea

- Tasik Tonle Sap merupakan tasik utama di Kampuchea. Terletak di bahagian tengah

Kampuchea. Tasik ini merupakan tasik air tawar terbesar di rantau Asia Tenggara




Kepentingan Tasik Tonle Sap, Kampuchea

1) Perikanan air tawar

  • Merupakan kegiatan ekonomi yang terpenting di tasik Tonle Sap.
  • Tonle Sap penting untuk kegiatan perikanan di Kampuchea. Tasik ini membekalkan lebih daripada 50% jumlah tangkapan ikan di Kampuchea
  • Aktiviti perikanan dijalankan sepanjang tahun.
  • ikan mudah ditangkap pada musim kemarau apabila air tasik surut sehingga 1.52 meter.
  • ikan yang ditangkap adalah untuk pasaran tempatan dan dieksport.

2) Pusat Pelancongan

  • Pelancong dapat menaiki kapal atau bot melalui Sungai Mekong untuk ke Tasik Tonle Sap


3) Kemudahan Pengairan

  • Membekalkan kemudahan pengairan kepada hampir 4.5 juta penduduk di Kampuchea.

Perbandingan Kepentingan Tasik di Malaysia dengan tasik di Kampuchea

Kepentingan

Malaysia

Kampuchea

Perikanan

1) Kurang penting jika dibandingkan dengan tasik di Kampuchea. Ini kerana saiz tasik yang kecil.

2) Hasil tangkapan untuk menambahkan pendapatn penduduk tempatan

1) Penting kerana saiz tasik adalah besar dan hasil tangkapan adalah banyak.

2) Merupakan pekerjaan sambilan bagi keluarga petani.

3) Hasil tangkapan menyumbang pendapatan yang besar kepada negara.

Pelancongan

1) Tasik Bera dan Tasik Chini merupakan tasik semulajadi. Tasik-tasik ini penting sebagai kawasan pelancongan.

2) Pelancong dapat memancing ikan dan mengayuh bot di tasik-tasik ini.

1) Pelancong dapat menaiki kapal atau bot melalui Sungai Mekong untuk ke Tasik Tonle Sap

Pengairan

1) Penting sebagai pengairan.

1) Membekalkan kemudahan pengairan kepada hampir 4.5 juta penduduk di Kampuchea

4 comments: